BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 20, 2010

Kita kongsi bersama...

hmm..terasa jgk kdg2,knp kta solat 5 waktu, tp still mcm ada yg xkena..~:'(

disni,hani ada sesuatu yg menarik nk kongsi ngn kwn2 smua..kta sma2 hayati n perbaiki solat kta agar diterima olehNYA dan mendapat ketenangan jiwa~;-)

* Sumber- iluvislam.com~;-)

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...

Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...


Rindunya pada dia...

Rindunya pada dia..tu je yg mampu hani ckpkan skg..em..korg rasa sapa ek??hehe
dia tu sbnrnya ialah ~My Love~ seperti yg dlm my handphone...hehe..rindu sesgt2..rsa xtertanggung dh rindu ni..klu ikutkan hati,nk je cpt2 blk n tnggalkan srwk ni...huhu..
yelah, owg dh rindu kan..fhm2 je la..~;-)
terlalu byk sgt pengorbanan dia pd hani..segala2nya..yg xmampu dan xmungkin hani blk..hanya dia cinta hani skg ni..jiwang plak hani kan??huhu..tp xslhkan, hani nk luahkan segalnya disni..kan awl2 lg hani dh bgtau nk luahkan segala2nya kt sni..so,jgn 'complain' k??hehe..kt bwh ni ada gmbr ~My LOve~...ibuku Rakiah Binti Hashim...dialah ibu,dialah ayh, dialah segala2nya setelah pemergian ayh hani 6tahun lpas...



~My L0ve~

Ibuku tercinta~;-)

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


Semakin sibuk...


Assalamua'alaikum...

hmm..dh dkt seminggu lebih x post apa2 kt blog ni..maaf yer whai 'cik blog'..hehe
skg hani agak sibuk...wireless pun kekdg ada, kekdg x..xfhm btul ngn wireless kt kolej ni..agk memberi mslh pd org yg xda broadband cm hani ni...huhu...

emm..ckp psl sibuk td,now hani dh mula sibuk ngn asg, presentation n my PI,or dlm bhs yg sdp sket 'thesis'..huhu..so skg, byk ms yg prlu dhbskan dgn membaca n cri bhn2 utk thesis ni..almaklumlah, perlu hasilkan thesis yg terbaik utk dpt gred yg baik.. ;-)

assignment yg len2 pun xleh diabaikan..em..hrp2 diberikan kekuatan oleh Yg Maha Esa utk melaksanakan tugas2 ni dgn sempurna..insya Allah... ;-)



byknyer asg..cmne ni??~:'(


Wednesday, January 13, 2010

Semester Baru...

Bismillahirrahmanirrahim...


Banyak yg nk hani ceritakan tentang permulaan sem baru ni, termsuklah tahun 2010 ni..terlalu byk kisah suka dan duka..1st lg, bersyukur kehadrat Ilahi sbb hani dpt keputusan semester lepas yg bg hani agak baik berbanding sebelum2 ni...Alhamdulillah~;-) tu je perkataan yg mampu hani ucapkan kerana pertolongan dri Yang Maha Esa..
tentang sem baru ni plak, hani nk yg lebih baik berbanding sebelum ni..of course semua org hrpkan cmtu kan??bkn stakat hani sorg je..hehe..
tp sem ni bg cbaran n ujian yg sgt2 berat pd hani...em..hani kena ambik 22jam krdit sem ni..agak membebankan utk hani sbb yg plng byk hani pnah ambik pun, 18krdt je,..tu pun sem lpas..emm..tp hani percaya pd Allah S.W.T..insya Allah, berkat usaha dan doa, Allah akan membantu hamba-NYA..hani terbaca satu petikan ni dlm blog kwn hani, iaitu Syifa..:-

"Allah takkan membebankan hamba-NYA dgn bebanan yg tak tertanggung oleh mereka"

em..hani percaya, hani mampu utk harungi semua ni..insya Allah..hani jgk mengharapkan sokongan dri kwn2 hani jgk~;-) kta sma2 berdoa pda Allah, agar semuanya berjln lancar dan dpt mencapai kejayaan di bumi kenyalang ni~;-)


Subjek2 semester ni...


Jadual kelas yg padat~

.:Satu Perjuangan:.

Tanggal 4Januari 2010, berakhir sudah cuti semester yg paling terindah,tp jga terselit kisah sedih dlm hdup hani...(p/s:jiwang plak hani ckp cmni)..huhu...

hmm...pd tarikh tu, hani terpaksa tinggalkan 'Sp' tercinta, tempat tanah tumpah drhku..hehe..
ala, pas 4bln,blk lg..hehe..sesekali nk wt feeling2 xslah kan??huhu..
hm..4Jan tu, hani blk ke Kuching, direct dri Penang nek flight Air Asia AK 6506, klu xslh kot..huhu..
flight hr tu kul 6.25..bertolak dri rmh kul 3.45, dgn ditemani oleh bondaku tercinta, nenda(tok sebelah mak), pakciku dan anaknya,Syahir(my cousin) yg comel bru 3thn..hehe...
sdh sgt nk tnggalkan umah ms tu, tp nk wt cmna, terpaksa, demi segulung ijazah..huhu..
dh 3thn dok ulang-alik Kuching-Penang, still sedih..adoii,manja tul hani ni kan..huhu..
so,ringkaskan citer, hani smpai Kuchng, kul 8.30mlm cmtu..Alhamdulillah...
then, smpai Unimas plak around kul 10mlm cmtu..
smpai je kt blk, ro0mateku, Yin dh blk rupanya..
hmm..semasa memunggah baju dri beg utk msuk dlm almari, menitis gak air mata ni..homesick la katakan..huhu..apa2 pun, inilah yg dikatakan pengorbanan..demi cita2~;-)

Akhirnya...

Yaho0o!! finally, siap gak blog ni...dh lma tertangguh..sejak sem lpas lg..cm kura-kura je kan...huhu
tp, xpa..lmbt2 pun, dpt siapkan gak..hehe..kwn2 ku yg len dh advance pun wt bnda ni..hani je yg slow..huhu..anyway,thanks alot kt kwn2 yg ajar hani ek(margaret,hafizi,dalini)~;-)
hmm...nk tulis pe lg ek..anyway, selama 'pembinaan' blog ni,huhu,skema plak ayat..em..terlalu byk onak ranjau dan duri yg dilalui..pendek kata,byk cabaran dan rintangan..huhu..
tp,hani tetap xptus asa utk siapkan blog ni gak, sbb hani rsa byk gak faedah kalau setiap org ada blog..hmm..cmna nk explain ek...bg hani,blog ni mcm ibarat 'diari'..tmpat utk meluahkan segala2nya..tp,xsemua la..especially,mcm hani yg stdy nun jauh, meredah 'Laut China Selatan' utk mendptkan segulung ijazah..huhu..wlpun rmai lg kwn2 hani yg stdy lg jauh..hehe..
ala, dh nek flight,kira stdy kt oversea la jgk kan??huhu..
pe la yg hani dh merepek ni kan??hehe..anyway,welcome to me, to dunia blog ni..huhu...
hrp kwn2 dpt hayati notes 'Semalam' hani yg sebelah ni ek..ada maksud tersurat dan tersirat~;-)
pasni, insya Allah, akan hani coretkan segala pahit manis kehidupan hani di blog ni~